Ahmad Zairul

Ahmad Zairul

Pemikiran Kewangan Inovatif dengan Prinsip Islamik

Komited Bantu Usahawan

Ilmu ‘Financing’ sangat kurang di kalangan masyarakat pada masa kini. Saya terpanggil untuk menulis buku untuk memudahkan para usahawan untuk lebih memahami tentang kebaikan dan risiko yang perlu difahami sebelum mengambil langkah seterusnya dalam mengembangkan perniagaan dan pelaburan.

Ahmad Zairul, Rahsia Overdraft

Bimbingan Maju Kewangan Patuh Syariah

Jika dahulu, produk kewangan yang ditawarkan hanya secara konvensional dan mengikut acuan bank dari Barat, kini kebanyakan institusi kewangan telah beralih kepada penawaran produk pembiayaan Islam yang berlandaskan syariah. Fokus perlu diberikan bagi melihat sejauh mana penawaran pembiayaan Islam oleh bank dan koperasi kredit mempunyai potensi berkembang, dan seterusnya melihat apakah perbezaan produk pembiayaan Islam berbanding produk pinjaman konvensional yang sedia ada.

Ahmad Zairul, Pembiayaan Islam Mengapa Wajib Pilih

Menjadi Panduan Mengurus Syarikat

Seorang pengarah perlu menjalankan penjagaan dan kemahiran yang diharapkan dari seseorang yang berpengalaman dan pengalamannya rajin mengurus hal ehwal syarikat. Seorang pengarah yang pasif dengan tidak terlibat dalam pengurusan syarikat telah melanggar tugas penjagaan, kemahiran dan ketekunan. Tugas – tugas ini, kecuali yang terhad kepada para pengarah, adalah sama dengan mana-mana pegawai dari syarikat yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya dan khususnya kepada mereka yang bertindak dalam pengurusan kapasiti.

Ahmad Zairul, Rahsia Syarikat Sdn Bhd

Memudahkan Pengurusan Cukai Dalam Business

Cukai dianggap pembunuh kejayaan business mereka. Ada yang sanggup berhabis-habiskan untuk cuba lari dari cukai. Sering saya ingatkan kepada mereka yang dekat dengan saya, jangan panggil diri Usahawan kalau berniaga juta-juta tapi lari dari cukai. Kita tak mungkin boleh lari dari cukai. Tapi kita boleh URUS cukai kita. Ramai yang masih belum nampak kenapa kita perlu membayar cukai. Kita sering diomok-omok kan keburukan membayar cukai. Jadi saya ingin membuka minda kita semua baik yang bekerja atau berniaga. Cukai ini perlu ada untuk tambah kan value diri dan syarikat kita.

Zurainee Zabidi, Kaya Dengan Cukai

Perjalanan Menuju Kejayaan Ahmad Zairul

Sumber Inspirasi Usahawan Berjaya

0
Tahun pengalaman dalam bidang Keusahawanan, Kewangan dan Pelaburan
0
Penerbitan bahan bercetak
0
Usahawan sudah dibantu

Penerbitan Bahan Bercetak

Lihat semua hasil penulisan Ahmad Zairul

“Gantungkan Azam dan Semangatmu Setinggi Bintang Di Langit Dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Lautan” – Ahmad Zairul

Perkongsian Menarik AZ