RAHSIA Kaya, RAHSIA Bahagia & RAHSIA Berjaya !!!

RAHSIA Kaya, RAHSIA Bahagia & RAHSIA Berjaya !!!

Pernahkah anda merasa, adakalanya hidup bagaikan telur di hujung tanduk ? Apa yang dibuat semuanya serba tak kena dan banyak yang gagal ? Ada yang kena buang kerja, kena halau rumah, personal life hancur remuk, putus cinta maupun ada yang bercerai berai.

Pernahkah anda merasa, adakalanya kerja cukup stress dan cuba buat macam-macam bisnes tetapi tak menjadi ? Segala macam jenis marketing dah buat online dan offline tapi duit habis lebur macam tu saja… Duit pula sentiasa tak cukup, kad kredit dah habis limit terpaksa berhutang sana sini sampai keliling pinggang.

Tak dapat dinafikan kerana realiti hari ini ramai yang mempunyai masalah yang hampir sama iaitu:

  • Duit banyak masuk tapi x tahu ke mana perginya
  • Dibelenggu masalah hutang kad kredit
  • Kereta kena tarik dah 3 bulan tak bayar bank
  • Dah buat macam² bisnes tapi tak kaya² lagi
  • Suami isteri bergaduh sebab tak cukup duit
  • Hidup stress dan tertekan sehingga jatuh sakit
  • Lappy, handphone, duit dan banyak barang hilang kene curi

DAPATKAN EBOOK RAHSIA OVERDRAFT ILMU Financing bantu USAHAWAN selesaikan masalah kewangan !!!

Ini baru sebahagian besar masalah kehidupan yang dialami di kalangan kita, masalah duit dan hutang mendominasinya sehingga ada yang jatuh bankrap. Walau bagaimanapun usah risau kerana di mana ada masalah, di situ ada jalan penyelesaiannya.

Adakah anda inginkan perubahan ?
Mahu nikmati kehidupan yang lebih kaya, bahagia dan berjaya ?

Jika YA , maka Alhamdulillah kerana anda sekarang berada di tempat yang betul untuk menemui jawapan bagi merungkai persoalan di minda. Ini adalah kerana segala masalah datang menimpa adalah salah satu hadiah ‘teguran’ halus Allah Taála untuk kita sebagai hambaNya merenung kembali siapa sebenarnya yang memberi nafas , udara , makanan minuman , tempat tinggal , siang malam , kesihatan , harta benda , anak pinak dan kesemuanya di dunia ini.

Firman Allah :

“Kami tidak meminta rezeki daripadamu, bahkan Kami lah yang memberimu rezeki.”

( Surah Taha ayat 132 )

Di sinilah sebenarnya rahsia Magnet Rezeki dibongkar, kerana ALLAH menamakan diriNya ar-Razzaq merupakan nama-nama terindahNya (Asma ul-Husna) yang bermaksud Maha Pemberi Rezeki. DIA memberikan kepada sesiapa sahaja yang DIA pilih. DIA juga yang menetapkan kadar pemberian menurut yang DIA kehendaki. Tiada satu makhluk pun yang wujud melainkan Allah sebagai pemberi rezekinya.

Allah menentukan kadar rezeki dengan kehendakNYA yang dikaitkan dengan peraturan alam ‘sunnatullah’ yang DIA tentukan. Sesiapa yang keluar mencari rezeki dengan memenuhi percaturan alam ini maka DIA membuka jalan rezeki untuk hamba itu. Sesiapa yang tidak berusaha, maka tiada rezeki untuknya. Pun begitu Allah boleh melakukan dengan kehendakNYA luar dari kebiasaan percaturan alam.

Kuasa Allah melangkaui segalanya….

DAPATKAN EBOOK PEMBIAYAAN ISLAM: Mengapa WAJIB Pilih ?  ILMU Financing bantu USAHAWAN selesaikan masalah kewangan !!!

5 Mitos Salah Faham Mengenai Rezeki

Mitos #1 
Percaya hanya duit sebagai semata-mata rezeki yang ada. Ramai orang selalu nampak yang ini sedangkan rezeki ALLAH bukan hanya setakat duit malah seluruh diri kita segenap nafas, udara, jantung, hati, mata, tangan kaki dan seluruhnya adalah rezeki anugerah ALLAH yang tak ternilai harganya.
………………………………………………………………………………………………………

Mitos #2
Menganggap kekayaan harta itu salah besar di sisi Islam sedangkan di dalam hadis ada menyebut bahawa kemiskinan juga boleh membawa kepada kekufuran. Malah meninggalkan ahli waris keluarga dalam keadaan kaya lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta.
………………………………………………………………………………………………………

Mitos #3
Merungut dan menyalahkan takdir kerana berada di dalam keadaan yang serba miskin sedangkan ALLAH sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hambaNya semasa kaya atau miskin, masa sihat atau sakit, masa lapang atau sempit dan masa hidup atau sebelum mati. Banyak yang tewas iman semasa kaya dan banyak juga mereka yang tewas iman semasa miskin. Persoalannya di manakah hati kita pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun diuji?
………………………………………………………………………………………………………

Mitos #4
Salah sangka dengan segala hasil usaha dan tulang empat kudrat kita ini boleh ‘confirm’ dapat lebih banyak rezeki. Sedangkan hak milik penentu mutlak hanyalah ALLAH sebagai Yang Maha Pemberi Rezeki kepada mana-mana hambaNya dengan apa jua cara sekalipun termasuk dengan cara yang tidak disangka-sangka.
………………………………………………………………………………………………………

Mitos #5
Rasa takut nak sedeqah kerana khuatir rezeki harta berkurangan dan habis sedangkan ALLAH dah jamin setiap sedeqah yang diberikan akan diganti semula. Firman ALLAH : “ Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan (untuk kebaikan kerana Allah) maka Dia pasti akan menggantikannya semula. Dialah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki ” ~ Ayat 39 Surah Saba’

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan sangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih)

Apakah maksud sangkaan di sini ? Apa kaitannya dengan rezeki ? Maka kita selami pendapat ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah akan memberi keampunan jika hambaNya meminta keampunan. Allah akan menerima taubat jika hambaNya bertaubat. Allah akan beri rezeki jika hambaNya meminta rezeki. Allah akan mengabulkan doa jika hambaNya meminta.

Jadi apa yang penting sebenarnya adalah kita bersangka baik dengan ALLAH dalam setiap saat kehidupan, berhenti mengeluh, mengungkit, komplen, menyalahkan takdir atau orang lain sebaliknya ‘mengisi’ hati jiwa kita dengan husnuz zhon yang terang benderang dalam meraih rahmat ALLAH Ta’ala.

Bila hati dan jiwa penuh dengan Cahaya ini, maka doa akan menjadi sebenarnya doa, istighfar sebenar-benarnya istighfar, sujud sebenar-benarnya sujud, sedeqah sebenar-benarnya sedeqah dan iman taqwa itulah yang sebenar-benarnya diterima di sisi ALLAH. Sangkaan husnuz zhon inilah sebagai bukti kita tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH walaupun ditimpa bala bencana musibah yang dahsyat segetir ujian api marak membakar itu tidak mampu mencederakan Nabi Ibrahim as, malah sang gergasi ikan paus yang besar menelan Nabi Yunus as masih tetap terselamat dan seteruk musibah penyakit Nabi Ayub as berbelas tahun lamanya akhirnya sembuh pulih dengan kuasa ALLAH.

Jadi apakah yang menghalang kita bersangka baik dengan kuasa ALLAH Yang Tak Terbatas ini ?

Sedangkan DIA lah yang mencipta sekalian alam ini dan memberi rezeki kepada makhlukNya baik yang mukmin maupun yang kafir. Jadi berdoalah kepada ALLAH dengan sangkaan yang terbaik, kerana doa adalah senjata ampuh bagi para mukmin.

Firman Allah :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al Baqarah : 186)

Moga kita dapat menghayati segenap kekuasaanNya yang tiada batas ini untuk berdoa pada ALLAH yang terbaik dalam hidup, berdoa sepenuh hati agar dikurniakan rezeki yang berkat supaya dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan, berdoa untuk Ummat ini agar dapat hidayah petunjuk terbaik dan dielakkan daripada ditimpa bala musibah yang berat. Semoga dengan husnuz zhon dalam doa kita disulami keindahan taqwa sebegini akan dipermudahkan dalam meraih rahmat dan kasih sayang ALLAH.

Dapatkan lagi TIPS USAHAWAN di sini TIPS USAHAWAN 2020

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Pin It on Pinterest