APAKAH CIRI-CIRI PELABUR DALAM ISLAM ?

Ciri-ciri pelaburan dalam Islam

  • Aktiviti pelaburan yang dilakukan mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah
  • Modal pelaburan haruslah disediakan oleh salah seorang atau kedua-dua orang dalam sesebuah perkongsian berdasarkan bentuk kontrak yang telah disediakan.
  • Modal haruslah dalam bentuk wang dan sekiranya aset diterima sebagai modal perniagaan, maka ia adalah satu kemestian untuk kita beri nilaian kepada aset itu berdasarkan nilai semasa dan tertakluk kepada penurun nilai.
  • Keuntungan perlulah dalam bentuk peratus atau bahagian. Sebagai contoh, pembahagian keuntungan 50:50 atau 60% untuk pelabur dan 40% untuk peniaga atau mana- mana nisbah yang dipersetujui oleh kedua dua pihak. Adalah menjadi satu kesalahan jika pemilik modal menetapkan keuntungan dalam jumlah tertentu. Contohnya, “Keuntungan untuk kamu adalah RM 800 dan selebihnya adalah untuk aku. “
  • Jika berlaku kerugian, maka ia mestilah ditanggung oleh kedua-dua pihak yang berkongsi kerana Islam tidak membenarkan satu pihak menindas satu pihak yang lain.
  • Setiap pihak mempunyai hak dan tanggjungjawab yang perlu diperjelaskan dalam perjanjian untuk mengelak berlakunya perselisihan faham.
  • Setiap pihak boleh membatalkan kontrak perkongsian, tetapi boleh disyaratkan cara pembatalan itu dan sekiranya ini telah dimasukkan dalam perjanjian, ia telah mengikat kedua-dua pihak.

Jika kita hendak melabur dalam sesuatu perkara, kita perlu mematuhi rukun-rukun pelaburan yang dibenarkan dalam agama Islam. Kita juga haruslah mengelakkan diri daripada melabur dalam aktiviti pelaburan yang haram kerana hasil pelaburan itu juga akan menjadi haram.

“Allah Ta’ala tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya”.

Allah itu maha adil dan Islam itu adil. Jadi kalau tak berani tanggung risiko JANGAN lah cuba untuk melabur. Dan jika kita tak buat sesuatu untuk menambah pendapatan, pun tak kemana juga..”Gunung kalau di gali tiap-tiap hari pun akan rata jadinya”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Pin It on Pinterest