SISTEM KEWANGAN ISLAM vs SISTEM KEWANGAN KONVENTIONAL

Perlu ditegaskan di sini bahawa, kedua-dua sistem ini sangat berbeza. Ia bukan sahaja berdasarkan persoalan untung dan rugi semata-mata, malah ia sebenarnya menjadi benteng pemisah antara syurga dan neraka. Allah S.W.T. telah menjanjikan balasan dosa dan neraka kepada pengamal-pengamal sistem berteraskan riba serta menjanjikan pahala dan syurga kepada pengamal-pengamal sistem ekonomi-Nya.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“…Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah [2: 275])

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:

“Apabila riba dan zina menjadi–jadi di sesebuah kampung (negeri), maka sesungguhnya mereka telah membenarkan mereka itu diazab oleh Allah. (Riwayat Al-Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:

Ertinya: “Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor (haram) maka neraka lebih layak untuknya” (Riwayat At- Tabari)

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Keindahan Pembiayaan Islam dari LINK ini sekarang ;

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Pin It on Pinterest